MahkamahNasional

Peguam Negara rayu keputusan Mahkamah Tinggi bebaskan Muhyiddin

JABATAN Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Menerusi satu kenyataannya hari ini, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, keputusan mahkamah melepaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya melibatkan empat pertuduhan bagi kesalahan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

TAN Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan peguam bercakap kepada media di luar perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. – GAMBAR TANGKAP LAYAR FACEBOOK

Bagaimanapun beliau berkata, tiga lagi pertuduhan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, adalah kekal.

“Tarikh sebutan bagi kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah pada 19 September depan,” katanya.

Pagi tadi, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk menggugurkan empat pertuduhan predikat bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Mahkamah melepas dan membebaskan Muhyiddin, 76, setelah mendapati empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin yang juga bekas perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu. – SM

BACA Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

BACA Pasukan pembelaan Muhyiddin yakin tiga lagi tuduhan akan digugurkan

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button