NasionalPolitik

Idris Haron berhadapan cabaran enam penjuru di DUN Asahan.

BEKAS Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bakal berhadapan laluan sukar di Dewan Udangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri Melaka ekoran menghadapi pertandingan enam penjuru.

Selain Idris yang mewakili Pakatan Harapan (PH), DUN itu akan ditandingi Calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan; Gerakan, Dhanesh Gasil yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan tiga calon bebas.

Calon bebas terbabit ialah Mohd Akhir Ayob, seorang veteran tentera, Azmar Abdul Hamid dan Muhammad Noor Salleh.

Dalam reaksi kepada media Idris berkata: “Kita serahkan kepada Tuhan.”

Pada pilihan raya umum 2018, DUN Asahan dimenangi Abdul Ghafar Atan dari BN dengan majoriti tipis 275 undi mengatasi Zamzuri Arifin dari Bersatu.

Berikutan kejatuhan kerajaan negeri PH, Abdul Ghafar berkhidmat sebagai exco perumahan, kerajaan tempatan dan alam sekitar. Beliau tidak dinamakan oleh BN sebagai calon kali ini.

Pengundi Melayu membentuk 64% daripada demografi DUN itu, diikuti oleh kaum Cina (23%), India (11%) dan lain-lain (2%), mengikut perangkaan PRU14.

(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button