Politik

Zulkifli ganti Kamarudin sebagai Pesuruhjaya Pas Melaka

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka Zulkifli Ismail menggantikan Datuk Kamarudin Sidek sebagai Pesuruhjaya Pas Melaka.

Kamaruddin yang kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang lalu mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baharu.

“Semoga PAS Melaka terus berkembang khususnya di Negeri Melaka dan menjadi sebuah wadah perjuangan Islam yang menyatukan ummah,” katanya di media sosial.

Pada PRN Melaka yang berlangsung pada Sabtu lalu, Kamaruddin tewas di Dewan Undangan Negeri Duyong, kerusi yang pernah ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kecundang.

Sementara Zulkifli pula calon Pas di Parlimen Tangga Batu pada PRU-14.-SM

(Visited 1,021 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button