fbpx
Nasional

Masjid seluruh Johor ditutup 10 hari

KERAJAAN Negeri Johor menutup sementara surau dan masjid di seluruh negeri itu sebagai langkah mencegah transmisi Coronavirus (Covid-19).

Penutupan berkenaan dilapor akan dilaksanakan selama 10 hari melibatkan semua solat berjemaah termasuk fardu dan Jumaat mulai esok.

[BACA] Covid-19: KKM bayang perintah berkurung dilaksana — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: Notis duduk di rumah 14 hari, cuti sekolah dilanjutkan di Sarawak — Suara Merdeka

Selain itu, aktiviti keramaian dan kemasyarakatan dalam masjid serta surau juga perlu ditangguhkan.

Pejabat Mufti Johor dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, perintah tersebut adalah berdasarkan peruntukan Fasal 57 (A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985.

Perintah itu juga selaras dengan Fasal 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islan Negeri Johor Tahun 2003.


“Menjunjung titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, maka dengan ini diperkenankan semua aktiviti di dalam premis masjid, surau dan musolla termasuk solat fardu secara berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan.

“Penangguhan tersebut bermula pada solat Subuh hari Selasa (17 Mac 2020) sehingga solat Isyak Khamis (26 Mac 2020),” katanya.

[BACA] COVID-19: Bantuan RM600 sebulan untuk pekerja terpaksa ambil cuti tanpa gaji — Suara Merdeka

Dalam pada itu, laungan azan dan pelaksanaan solat lima waktu di masjid, surau dan musolla secara berjemaah hanya dilakukan oleh tiga orang pegawai masjid iaitu imam, bilal dan noja.

MASJID Negeri Johor, Masjid Sultan Abu Bakar sentiasa menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara meningkatkan lagi risiko tranmisi Covid-19. – Gambar FACEBOOK MASJID SULTAN ABU BAKAR

Ketiga-tiga mereka perlu melepasi saringan pemeriksaan kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah.

Menurut kenyataan itu lagi, pelaksanaan penangguhan juga akan memberi ruang bagi melaksanakan operasi nyah infeksi.

[BACA] Covid-19: 125 kes baharu dicatatkan hari ini — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: ‘Tahniah’ Kementerian Pelancongan teruskan aktiviti di tempat awam — Suara Merdeka

“Dalam tempoh tersebut, semua masjid, surau dan musollah dalam Negeri Johor hendaklah melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman.

“Pelanjutan atau penamatan tempoh 10 hari berkenaan tertakluk sepenuhnya kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button