Politik

SPR ingatkan 6 perkara sebelum pengundi Melaka keluar mengundi

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memberikan peringatan enam perkara kepada 476,037 orang pengundi biasa yang akan keluar mengundi pada Sabtu ini.

Perkara pertama, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak mengingatkan pengundi supaya membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi melalui portal daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my; aplikasi MySPR Semak atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Semasa membuat semakan, pengundi diminta untuk mencatat dan menyimpan tiga maklumat iaitu pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.

Beliau turut mengingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

Catatan maklumat pengundian akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.


Perkara keenam, SPR meletakkan maklumat Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan untuk setiap pengundi dalam aplikasi MySPR Semak.

“Pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan tersebut.

“Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang,” katanya.

Beliau menasihatkan pengundi supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya.

“SPR menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Sabtu ini,” kata beliau melalui satu kenyataan.

Pengundi adalah dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan pencegahan Covid-19 pada hari mengundi nanti.

Sejumlah 495,195 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka  dengan 11,557 orang adalah pengundi awal dan 7,601 orang telah mengundi secara pos.-SM

(Visited 20 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button