Nasional

Covid-19: Lima kes baharu dikesan

LIMA kes baharu jangkitan penyakit Covid-19 dikesan dan menjadikan keseluruhan jumlah kes di Malaysia setakat ini sebanyak 55 kes. Daripada keseluruhan kes 22 daripadanya telah pulih sepenuhnya,

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,  kesemua kes baharu berhubung kait dengan satu kluster Covid-19 iaitu kes ke-26.

“Kes-kes ini merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19. Siasatan dan pengesanan kontak bagi kluster tersebut masih diteruskan,” kata Dr. Noor Hisham.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Penyakit Coronavirus 2018 Bilangan 2 Tahun 2020 memutuskan sekatan kepada semua pelawat Itali (Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna), Jepun (Hokaido) dan Iran (Tehran, Qom dan Gilan).

Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan ke bandar atau wilayah  tersebut.

“Rakyat Malaysia yang berada di bandar atau wilayah luar negara yang terkesan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan serta perlu mendaftarkan diri dengan Kedutaan Malaysia yang berhampiran,” kata Dr Noor Hisham.

KKM juga menasihatkan kepada organisasi yang telah dikesan mempunyai kes positif agar tidak perlu membuat penutupan pejabat, namun memadai menjalankan pembersihan dan nyahkuman/disinfeksi dengan kerap di kawasan yang selalu disentuh.-SM

 

 

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button