fbpx
Nasional

87 peratus kawasan masih terjejas bekalan air di Selangor

SEBANYAK 1,130 kawasan masih berlaku gangguan bekalan air di negeri Selangor.

Menurut syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sehingga pukul 9 pagi ini sejumlah 162 kawasan atau 13 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat telah pulih sepenuhnya.

Senarai kawasan yang pulih.
Senarai kawasan yang pulih

“Para pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar bagi kawasan yang masih belum menerima bekalan air,” katanya.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 121 lori tangki air telah digerakkan ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terjejas.

Gangguan bekalan air yang bermula 2 pagi semalam merupakan kali keempat berlaku di Selangor dalam tempoh dua bulan.


Gangguan semalam berpunca daripada pencemaran yang dikesan berlaku di Sungai Selangor.-SM

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button