Auto Travel

NMAX baharu ditawar pada harga RM8,998

SEKIRANYA anggar belum ada Yamaha NMAX dan berhajat untuk mememilikinya, sekarang adalah masa yang sesuai.

Ini kerana, Hong Leong Yamah Motor Sdn Bhd baharu sahaja melancarkan versi NMAX yang baharu pada awal bulan ini dengan harga RM8,998 (tanpa cukai jalan dan insurans).

Malah, tidak lama lagi, versi terbaharu ini akan kelihatan di butik jualan atau kedai-kedai jualan motosikal berhampiran anda.

Yamaha NMAX dibina berasaskan kualiti MAX DNA dan turut didatangi dengan reka bentuk menarik yang menitikberatkan keselesaan serta keselamatan pengguna.

Skuter itu dikuasakan oleh enjin empat lejang dengan silinder tunggal SOHC 155c beserta ciri pembakaran lebih efisien menerusi sistem empat injap yang datang dengan teknologi Blue Core.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan penghidup Unit Kawalan Generator yang menyediakan kawalan bersepadu Smart Motor Generator.

Bagi sistem penyejukan pula, NMAX turut mengekalkan ciri lamanya yang menggunakan penyejukan cecair.

Bukan itu sahaja, motosikal ini digabungkan dengan prestasi enjin yang bertenaga bagi menjadikan setiap perjalanan berbeza dan lancar.

NMAX versi baharu ini didatangkan lengkap dengan enamp mentol LED menyerlahkan lagi reka bentuk menarik dimiliki motosikal tersebut

Selain itu, empat mentol bagi lampu kecil pula diletakkan pada bahagian atas menghiasi dua mentol suluhan tinggi dan luas menjadikan pengalaman menunggang pada waktu malam lebih selamat.

Antara ciri baharu lain dipasang pada Yamah NMAX seperti panel meter LCD besar dengan rekaan suis khas bagi menukar paparan tertentu pada skrinnya.

Pada bahagian belakang, lampu brek kini dilengkapi dengan mentol LED yang direka dengan kedudukan selari pada bahagian sisi iaitu tiga pada sisi kanan dan kiri.

Kemudian, ia disokong dengan lampu brek utama pada bahagian tengah yang lebih terang untuk keselamatan tunggangan dan kenderaan dari belakang.

Selain itu, terdapat kemudahan soket elektrik 12V disediakan bagi membolehkan penunggang mengecas telefon bimbit mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Yamaha NMAX baru juga dilengkapi dengan Sistem Henti dan Mula yang mematikan enjin secara automatik apabila dihentikan bagi mengurangkan pembaziran petrol.

Sistem itu mampu diaktifkan apabila dikehendaki dengan hanya dengan memetik satu suis mudah.

Selain itu, ruang kaki lebar menjanjikan perjalanan yang lebih santai dan selesa serta ruang simpanan berkapasiti 23.3 liter turut boleh didapati bagi versi baharu NMAX.

Tangki minyak bersaiz sebesar 7.1 liter mampu membuatkan perjalanan lebih panjang tanpa perlu kerap berhenti di stesen minyak.

Sesuai dengan slogannya Lincah Mempesona, skuter yang lincah dan didatangi dengan pelbagai ciri menarik ini sangat sesuai untuk digunakan pada setiap hari.

NMAX versi baharu ini didatangkan dengan dua ciri warna iaitu kelabu dan merah. – SM

(Visited 445 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button