Auto TravelTravel

5 Festival Besar di Jepun selain Bon Odori

NEGARA matahari terbit ini memang terkenal penuh dengan budaya, adat dan tradisi mereka yang pelbagai.

Kalau tujuan anda melancong untuk lihat dan rasai sendiri berkaitan budaya negara luar, memang Jepun lah tempatnya! Pelbagai jenis perayaan atau festival yang masyarakat Jepun meraikannya termasuklah Bon Odori yang tular baru-baru ini.

Berikut adalah 5 Festival Besar di Jepun selain Festival Bon Odori:

1. Yuki

Juga dikenali sebagai “pesta salji Sapporo” yang diadakan selama seminggu di Hokkaido. Asal usul perayaan ini adalah berasal dari kisah enam patung salji yang dibina oleh pelajar sekolah tinggi tempatan pada tahun 1950. Namun kini ia telah berkembang menjadi acara kebudayaan besar menampilkan ukiran salji dan ais yang sangat mengagumkan daripada orang ramai.

2. Gion

Perayaan ini bermula sebagai sebahagian drpd upacara penyucian untuk menenangkan Tuhan yang dianggap menyebabkan kebakaran, banjir, gempa bumi dan sebagainya. Ia diadakan sepanjang bulan Julai dan kemuncaknya merupakan perarakan yang dipanggil “Yamaboko Junko” pada hari ke 17 dan ke 24.

3. Aomori Nebuta

Nebuta merujuk kepada pelampung tanglung yang menggambarkan tokoh2 manusia dan diiringi oleh beribu-ribu penari. Sebagai seorang pelancong, anda boleh menikmati makanan, muzik secara live, tarian kebudayaan dan apungan cahaya yang memukau. Memang tak rugi lah tengok!

4. Takayama

Perayaan ini istimewa kerana ia disambut 2 kali setahun, di 2 tempat suci yang berbeza. Pertama, Ia disambut pada musim bunga utk berdoa agar memperoleh hasil tuaian yg baik dan keduanya disambut sekali lagi pasa musim luruh. Apa yang menjadinya menarik adalah ia terkenal dengan pelampung tradisional yg dihiasi dengan reka bentuk tradisional dan terang dengan boneka.

5. Tenjin

Festival Tenjin dengan lebih 1,000 tahun sejarah, merupakan satu lagi daripada tiga perayaan terbesar di Jepun telah diadakan di Kuil Osaka Tenmangu (tengah2 bandar Osaka). Perayaan ini mempunyai perarakan darat dgn persembahan muzik dan tarian, tetapi bahagian terbaiknya adalah perarakan juga dilakukan dengan bot di Sungai Okawa dan bunga api secara besar-besaran akan dilancarkan.

Ini baru 5 perayaan atau festival yang kami senaraikan. Sebenarnya banyak lagi perayaan atau festival yang menarik di Jepun yang anda perlu tahu. Tapi yang lain tu anda kena cari sendiri lah ya! – SM

Kredit: JomVentures

(Visited 685 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button