Auto TravelBerita Auto

WMOTO lancar RT2, gaya lasak dan santai

WMOTO Malaysia telah membuka tirai tahun 2024 dengan melancarkan model terbaharu, RT2 baru-baru ini. Model ini mempunyai tiga warna pilihan iaitu Metallic Gold, Pure White dan Majestic Black serta dijual dengan harga pemulaan RM16,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Pada bahagian enjin, WMOTO RT2 menggunakan enjin jenis silinder tunggal 246.9cc, 4-lejang yang memiliki hantaran kuasa setinggi 17kw pada 7,500rpm dan tork 22.5Nm pada 6,000rpm. RT2 didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz ukuran 110/80-4 dan belakang 140/60-13 yang dipadankan dengan sistem brek cakera beserta sistem Brek Anti-kunci (ABS).

WMOTO RT2 yang mempunyai ciri-ciri ‘Adventure’ direka untuk kegunaan lasak dan juga santai dan ciri-ciri premium. Model terbaharu WMOTO ini didatangkan dengan cermin penghadang yang boleh dilaras serta kamera papan pemuka hadapan dan belakang di mana para penunggang dapat merekodkan perjalanan anda.

Selain itu juga, skuter ini menggunakan sistem kunci pintar yang mudah digunakan untuk menghidup dan mematikan enjin. Sistem ini juga termasuk dengan ciri Alarm Key Findings turut terdapat pada teknologi ini. Ianya berfungsi untuk pemilik skuter ini mengetahui lokasi skuter mereka lebih-lebih lagi di kawasan parkir.

Melengkapkan ciri premium pada skuter ini, panel meter WMOTO RT2 menggunakan skrin jenis TFT dimana ia turut memaparkan sistem monitor untuk tekanan tayar (TPMS) yang memudahkan pengguna skuter ini memantau akan tekanan tayar di hadapan dan juga belakang.

Dengan setiap pembelian skuter WMOTO RT2, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. SM

Kredit: EnjinDotCom

Artikel berkaitan > Kesinambungan dari WMoto ES125, kini muncul dengan ES250i

(Visited 877 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button