Nasional

Ahmad Maslan tanya kenapa Malaysia lambat dapat vaksin Covid-19

“Malaysia bila lagi? Rakyat negara ini bila akan divaksin. Sejak Dis, kenapa Malaysia lambat? Itu  pertanyaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau mempersoalkan kenapa Malaysia lambat menerima dan mengedarkan vaksin kepada rakyat berbanding negara-negara lain.

Sedangkan katanya, vaksid Covid-19 yang dihasilakan oleh Pfizer-BioTecNTech telah diluluskan sejak Disember lalu namun hingga kini belum tiba di Malaysia.

“Kenapa Malaysia lambat? Beri jawapan yang tepat. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) sahkan vaksin Pfizer BioNTech dan lulus edaran serta import.

“Peruntukan dah kami ahli-ahli Parlimen UMNO /Barisan Nasional (BN) dan lain-lain luluskan dalam Bajet 2021,” katanya di twitter hari ini.


Ujarnya, 50 negara lain telah melakukan vaksinasi namun kenapa Malaysia lewat.

“Malaysia baru nak mula vaksin Feb 21? Awal, pertengahan, hujung Feb? 50 negara lain boleh Dec 20, kenapa kita terlewat?

“Kenapa bukan Jan 21? Singapura telah terima pada 21 Dis yang lalu. Apa beza Malaysia dan Singapura?

“Kes COVID-19 Malaysia sudah 115,078 dan kematian 474 hampir setiap hari,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian. – SM

(Visited 521 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button