Auto TravelBerita Auto

Yamaha Y16ZR hadir dengan 3 warna baharu yang menarik

BARU-BARU ini Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan warna baharu untuk Yamaha Y16ZR. Model ini akan ditampilkan dalam dua warna bergaya baharu: Glacier White, Phantom Neon & Flaming Silver.

Yamaha Y16ZR dalam pilihan warna baharu akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula dari 27 Oktober 2022 lalu, dengan harga runcit yang disyorkan dikemas kini sebanyak RM 11,118.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Yamaha Y16ZR ini masih dikuasakan oleh SOHC satu silinder, 155 cc, penyejuk cecair dengan enjin Variable Valve Actuation (VVA) yang menghasilkan 13.2kW (17.7 hp) pada 9,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm.

Pemilik baharu Y16ZR boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM 100, dengan pembelian mereka. – SM


Artikel berkaitan > Yamaha XMax 250 hadir dengan dua warna baharu

(Visited 284 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button