Auto Travel

Yamaha memperkenalkan Edisi Terhad 135LC (Fi) 5MRO

Sempena meraikan pengeluaran unit kelima juta motosikal Yamaha di Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) meraikan satu lagi pencapaian pengeluaran unit kelima juta motosikal sejak penubuhannya pada 1979, ia juga sebagai menandakan lebih empat dekad penghasilan motosikanya yang penuh kualiti, inovasi dan kecemerlangan.

Pencapaian ini adalah menandakan keupayaan pengeluaran HLYM yang lebih baik dengan memberi tumpuan kepada peningkatan automasi dan melaksanakan sistem termaju dalam prosesnya.

Dalam sambutan besar di Hotel DoubleTree by Hilton di I-City, Shah Alam Jumaat lalu, HLYM turut melancarkan Yamaha 135LC (Fi) 5MRO Edisi Malaysia. Model edisi terhad ini memaparkan warna bendera Malaysia untuk menandakan ia hanya akan dihasilkan di Malaysia.

Encik Tim Hoo, Pengurus Besar Pemasaran & META, juga mengumumkan bahawa hanya 5,000unit motosikal edisi terhad ini akan di jual di Malaysia. Motosikal edisi terhad ini datang dengan nombor siri unik bermula dengan 5,000,0001 hingga 5,005,000, Bakul Premium Yamaha, dan sijil ketulenan khas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Encik Yoshihiro Hidaka, Presiden dan Wakil Pengarah Yamaha Motor Co., Ltd, Jepun, Datuk Wee Hong, Pengerusi Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Datuk Kwek Leng San, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hong Leong Manufacturing Kumpulan, dan Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad dan Pengarah Urusan HLYM.

Dalam ucapannya, Dato’ Dr. Jim Khor menegaskan bahawa ini adalah pencapaian terpantas HLYM yang pernah dicapai. Ini membuktikan lagi bahawa HLYM masih merupakan antara motosikal yang paling digemari di negara ini.

HLYM berhasrat untuk transformasikan produk Yamaha ke dalam kehidupan harian pelanggan mereka dengan mencipta pengalaman lancar yang beralih kepada Gaya Hidup Mobiliti Digital Yamaha yang komprehensif dan inklusif.

Model edisi terhad itu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara mulai pertengahan Oktober 2022 dan seterusnya, pada harga runcit RM9, 198, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans. Pemilik model baharu itu juga akan menerima kunci cakera dan Jaket Bomber 5MRO peringatan khas sebagai hadiah eksklusif dengan pembelian mereka. – SM

Artikel berkaitan > Yamaha XMax 250 hadir dengan dua warna baharu

(Visited 1,146 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button