Auto TravelBerita Auto

Yamaha XMax 250 hadir dengan dua warna baharu

SELEPAS pelancaran Yamaha XMax 250 yang dipertingkatkan pada Mac lalu, kini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menambah dua warna baharu lagi bagi model berkenaan.

Warna baharu itu membabitkan Merah dan Matte Green untuk menggantikan warna sebelum ini iaitu Icon Grey serta Power Grey.

Harganya pula, ia dijual bermula RM22,298 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

Tiada perubahan pada rangkaian kuasa, tetapi masih sama dengan model sebelum ini membabitkan:


  • Enjinnya kini menepati tahap emisi Euro 4
  • Ia kini hadir kunci pintar dengan rekaan baru
  • Perumah lampu hadapan lebih gelap (smoke) berbanding sebelum ini.
  • Hadir dengan warna Icon Grey dan Power Grey.

XMax 2022 masih menggunakan enjin satu silinder 250 cc suntikan bahan api dengan output 22.5 hp dan 24.3 Nm tork. Kuasa itu disalurkan ke roda belakang melalui transmisi automatik tali sawat. Kapasiti tangki bahan api berjumlah 13.2 liter.

Ciri-ciri lain tiada perubahan yang mana ia menggunakan rim 15 inci di hadapan, manakala belakang 14 inci di belakang. Ruang simpanan dibawah tempat pelana boleh memuatkan dua helmet.

Pembelian Yamaha XMAX, pemiliknya akan menerima kunci brek cakera yang bernilai RM100. – SM

Artikel berkaitan > HLYM melancarkan Yamaha YZF-R15M

(Visited 1,992 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button