Auto TravelBerita Auto

Mitsubishi Triton Edisi Phantom Plus diperkenalkan, terhad kepada 1,000 unit sahaja

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia telah melancarkan Mitsubishi Triton Edisi Phantom Plus hari ini. Terhad kepada 1,000unit dan hanya boleh didapati dalam warna Jet Black Mica, Mitsubishi Triton Edisi Phantom Plus direka bentuk untuk meningkatkan gaya hidup dan semangat urban pelanggan bagi aktiviti luar.

Mitsubishi Triton Edisi Phantom Plus hadir dengan kit badan dan aksesori yang dipertingkatkan untuk disesuaikan dengan gaya lasaknya. Dari segi estetika, model edisi ini diperkukuhkan dengan bumbung dekoratif dengan pencahayaan LED dan bamper depan dan belakang yang ditambah dengan ciri merah.

Bagi menampakkan reka bentuk yang lebih agresif, trak pikup 4X4 edisi terhad ini telah Penambahan bahagian pintu sisi, tailgate, spoiler belakang, bar sports dengan kemasan kusam.

Ia juga dipadankan sarka roda yang lebih ranggi melindungi rim aloi bersaiz 18 inci kemasan hitam berkilat. Dipadankan tayar Yokohama Geolander all-terrain, selain diletak pelekat badan Phantom Plus bagi melengkapkan lagi penampilannya.

Ruang kabin didatangkan kerusi sporty balutan kulit leatherette, alas karpet kemasan merah. Pada papan pemuka diletak skrin infotainmen sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara standard.

Ia juga dilengkapi Perakam Video Pemanduan (DVR) yang ditawarkan penjual sah MMM sebagai standard.

Mitsubishi Triton Edisi Phantom Plus masih lagi mengekalkan enjin 2.4 liter diesel turbo MIVEC yang mampu menyalurkan 181 PS dengan tork setinggi 430 Nm. Ia juga dipadankan sistem Easy Select 4WD dengan mod off-road.

Biarpun bersifat sebagai sebuah trak pikap, model Triton ini masih lagi mudah dikendalikan dengan memiliki radius putaran 5.9meter terutama di kawasan parkir atau laluan sempit.

Bagi ciri keselamatan, ia dipadankan ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman (TC), Peringatan Rehat, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Bantuan Menurun Cerun (HDC), Bantuan Kestabilan Trailer (TSA), serta sistem rakaman video pemanduan (DVR).

Mitsubishi Triton Edisi Phantom Plus ini dijual bermula dari RM139,700 atas jalan tidak termasuk insurans. Ia didatangkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan 200,000 km yang mana tiba dahulu.

Bagi tahun kewangan 2021 (April 2021-Mac 2022), Mitsubishi Triton kekal sebagai trak pikap kegemaran di Malaysia, dengan 9,420unit terjual dengan peningkatan 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pada tahun ini bagi tempoh Januari sehingga Jun 2022, sebanyak 4,820unit Triton sudah terjual dengan peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

Selain itu, ini harga barisan Triton yang ditawarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia:

  • Triton Quest – RM81,390
  • Triton MT – RM103,200
  • Triton AT – RM107,990
  • Triton MT Premium – RM 116,200
  • Triton AT Premium – RM126,900
  • Triton Athlete – RM146,600
  • Triton Phantom Plus Edition – RM139,700

Artikel berkaitan > Mitsubishi Xpander luas, mewah dan praktikal

(Visited 686 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button