Auto TravelBerita AutoEkonomi

Piaggio Group umum pembukaan rasmi MotoPlex Petaling Jaya

Tawar jentera Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi

PIAGGIO Group dengan bangganya kini telah mengumumkan pembukaan bilik pemeran motosikal iaitu MotoPlex di Petaling Jaya baru-baru ini. Ia merupakan bilik pameran pertama yang menawarkan empat jenama premium di bawah Kumpulan – Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.

Disifatkan sebagai sebuah stor berkonsep dinamik, MotoPlex Petaling Jaya membawa rangkaian produk yang komprehensif, serta pusat khidmat pelanggan, menjadikannya destinasi utama untuk penggemar dan peminat motosikal buatan Itali.

MotoPlex Petaling Jaya diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh Didi Group, pengedar rasmi Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia. Kawasan seluas 5,812 kaki persegi itu dibahagikan kepada ruang pameran dan pusat servis. Ia dilengkapi peralatan diagnostik terkini dan dikendalikan oleh sepasukan mekanik berpengalaman.

Bagi Piaggio Group, pelancaran MotoPlex Petaling Jaya menandakan satu peristiwa penting, kerana ia menjadi MotoPlex pertama di Malaysia. Simone Niccolai, Naib Presiden Kanan Asia Pasifik berkata, “Malaysia adalah salah satu negara yang paling berkembang di dunia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengedar kerana memperkenalkan konsep global MotoPlex ini kepada landskap dinamik Malaysia, yang akan membantu kami mengukuhkan lagi kedudukan kami dan meningkatkan kehadiran kami di Asia.

MotoPlex ialah ruang pameran bagi jenama ikonik Piaggio. Di bawah satu bumbung, ianya dapat menawarkan rangkaian yang lebih luas untuk bakal pelanggan yang mencari pengalaman dua roda Itali yang diperkaya dengan disokong oleh gaya, teknologi, prestasi unggul dan warisan.” – SM

Baca artikel ini juga > Impian bakal jadi kenyataan untuk anda memiliki Vespa

Kredit: EnjinDotCom

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button