KesihatanNasional

Ciri baharu MySejahtera mampu mengesan titik panas penyakit berjangkit – Khairy

APLIKASI MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi.

“Update terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya semalam.

Beliau turut berkongsi dua tangkap layar kemas kini aplikasi berkenaan.

Sebelum ini Khairy memaklumkan fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19 akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker.

Beliau berkata kawasan berkenaan akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit. – SM

Baca artikel ini juga > Tak perlu imbas MySejahtera mulai 1 Mei

https://twitter.com/Khairykj/status/1521317935717175299?s=20&t=chkB8dOTkIsVkS4dnXjBYQ

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button