Nasional

Tetamu luar gembira dijamu harumanis di Aidilfitri

UNTUNGNYA meraikan Aidilfitri di Perlis terutamanya apabila ada tuan rumah sudi menyediakan mangga harumanis sebagai hidangan.

Ini memandangkan saki baki mangga harumanis masih boleh diperoleh di pasaran tempatan sekalipun musimnya dah sampai ke penghujung.

Bagi yang tidak mempunyai pokok harumanis berpeluang membeli mangga ini dengan harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Lagipun kebanyakan tuan rumah juga semakin faham, tetamu juga sudah bosan dengan hidangan biskut raya.

Sekarang ini pula, biskut raya mudah diperoleh sekalipun di luar musim perayaan.

Jadi mangga harumanis menjadi pilihan untuk dihidangkan dan yang pastinya tetamu yang datang Perlis gembira berganda kerana berpeluang menikmati mangga paling mahal di Malaysia ini.

Omar Maidin, 78 yang datang dari Padang Serai, Kedah bersama keluarga untuk berhari raya di Perlis tidak menyangka akan berpeluang menikmati mangga ikon Perlis ini.

Anaknya, Rusmawarni, 37 dan suami Mohd Hazami Awang Kecik, 39 menganggap bertuah kerana dihidangkan dengan mangga harumanis.

“Saya jenis tak berapa gemar mangga, tapi kalau harumanis yang tersohor ini mana boleh ditolak,” katanya.

Rusmawarni mengakui, dia terus “jatuh hati” dengan keenakan harumanis.

Suaminya, Mohd. Hazani juga tidak menjangka berpeluang menikmati harumanis semasa berhari raya.

Katanya, sebelum ini mengenali mangga ini di media sosial tetapi hari ini berpeluang menikmatinya. – SM

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button