Bola SepakSukan

Menang, tapi tidak cukup untuk buat United

WALAUPUN berjaya menewaskan Manchester Citi 1-0 awal pagi tadi, namun itu tidak cukup untuk Manchester United mara ke final Piala Liga.

Sebaliknya City yang yang bakal berdepan dengan Aston Villa pada pentas final di Wembley ekoran kelebihan agregat 3-2.

Nemanja Matic menjaringkan gol pada minit 35 untuk memberikan kemenangan kepada United di Stadium Etihad namun ia tidak cukup untuk membantu pasukannya.

Sebaliknya Mattic diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya kad merah keranan melakukan kesalahan.

Ia turut membantutkan usaha United mencari gol tambahan bagi mengubah defisit jaringan ekoran tewas 3-1 satu pada perlawanan separuh akhir pertama di Old Trafford.

Matic mengejutkan pasukan tuan rumah dengan jaringan separuh voli ketika City gagal mengeluarkan bola hasil sepakan bebas Fred dalam serangan awal pada perlawanan itu.

Aksi final akan akan berlangsung pada 1 Mac ini dengan City memburu trofi itu buat tahun ketiga berturut-turut dan empat kali dalam lima musim.

Artikel ini disiarkan pada Khamis, 30 January 2020 @ 7:12 AM
(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button