Bola SepakLuar Negara

Indonesia tubuh pasukan siasat rempuhan penonton bola sepak

INDONESIA menubuhkan satu pasukan bebas untuk menyiasat punca rempuhan orang ramai di stadium bola sepak yang mengorbankan 125 mangsa termasuk 32 kanak-kanak.

Pihak berkuasa republik itu memberitahu, penubuhan itu dibuat ekoran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia negara itu mempersoalkan penggunaan gas pemedih mata oleh polis terhadap orang ramai yang berada di stadium.

Penonton yang panik bertindak merempuh pintu stadium ketika mereka cuba keluar dari stadium tersebut.

Difahamkan stadium di Malang, Jawa Timur itu terlalu padat dengan kebanjiran penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak pada Sabtu lalu.

Keadaan menjadi luar kawalan selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan para penyokong dari pasukan tuan rumah yang tewas, yang berlari ke tengah padang pada akhir perlawanan Liga 1 BRI iaitu liga domestik.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pula berkata, dalam peraturan keselamatan, senjata api atau “gas kawalan orang ramai” tidak boleh digunakan pada perlawanan atau pertandingan.

“Jika tidak ada gas pemedih mata mungkin tidak akan berlaku huru-hara seperti ini,” kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia, Choirul Anam ketika ditemubual di Stadium Nasional Indonesia.

Presiden Joko Widodo mengarahkan persatuan bola sepak Indonesia menangguhkan semua perlawanan Liga 1 sehingga siasatan selesai.

Untuk rekod, seringkali terjadi keganasan seperti ini di Indonesia namun kejadian yang berlaku kelmarin merupakan satu keganasan yang amat dahsyat sehingga mengakibatkan kematian. – SM

(Visited 402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button