Sukan

Penyokong TRW rayu Annuar pulihkan pasukan Kelantan

Para penyokong pasukan Kelantan merayu Tan Sri Annuar Musa memulihkan kembali pasukan negeri berkenaan yang kini berada kedudukan tercorot.

Bekas Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-4 The Red Warriors (TRW) di tangan Kelantan United sebagai sejarah hitam buat pasukan itu.

Ia menyaksikan Kelantan FC merekod kekalahan ke-11 sekali gus menduduki tangga tercorot Liga Super.

Perkara itu dikongsikan oleh Annuar menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya malam tadi.

Sebelum itu, Kelantan United melakar kemenangan sulung selepas mengharungi 13 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menumpaskan Kelantan FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.

Annuar merupakan bapa pembangunan bola sepak Kelantan apabila menghadiahkan kejuaraan tiga piala pada musim 2012.

Daripada komen-komen ramai yang berpendapat Annuar ialah orang yang diharapkan untuk menyelamatkan Kelantan.

(Visited 922 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button