Bola SepakSukan

Liverpool tewas mengejut kepada pasukan bawahan liga

PASUKAN Liverpool gagal meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ditewaskan pasukan bawahan liga, Bournemouth sebentar tadi.

Bournemouth menewaskan Liverpool dengan keputusan 1-0 di Stadium Vitality

Liverpool yang juga juara 19 kali dilihat lebih banyak mengasak kubu lawan sepanjang 25 minit pertama, namun ketumpulan jentera serangan untuk menyempurnakan beberapa peluang menyaksikan tiada jaringan terhasil.

Sebaliknya, Bournemouth terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil ledakan Philip Billing yang menyempurnakan hantaran Dango Ouattara yang berpunca daripada satu serangan balas pada minit ke-28.

Mohamed Salah melepaskan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan buat Liverpool apabila gagal menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-69 selepas bola terkena tangan, Adam Smith.

Kekalahan kelapan yang dicatat Liverpool selepas 26 perlawanan dalam liga musim ini menyaksikan The Reds kekal di kedudukan kelima dengan 42 mata.

Bournemouth yang sebelum ini berada di tangga tercorot pula berjaya keluar dari zon penyingkiran dan mendaki ke kedudukan ke-16 dengan mengumpul 24 mata.

Artikel berkaitan > Negeri Sembilan temani Manchester United ke gua, trauma dengan angka 7?

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button