Nasionalpilihan

Galeri Uniti perkukuh inisiatif Kembara Perpaduan Malaysia Madani

MENTERI Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang telah menyempurnakan Program Galeri Uniti bertempat di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju. Program ini telah memasuki edisi kelima sejak penganjurannya dan merupakan salah satu inisiatif di bawah flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI. Program anjuran bersama AEON Co. (M) Bhd ini berlangsung selama tiga hari bermula 10 lalu  dan berakhir hari ini 12 Mac 2023.

Menurut Aaron, objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui platform yang lebih santai. Program ini turut memberi peluang masyarakat mempelajari dan memahami keunikan dan kepelbagaian adat, budaya, dan kaum di Malaysia.

Kementerian Perpaduan Negara dalam masa yang sama meneroka lebih banyak tapak integrasi sosial di mana rakyat dapat berinteraksi antara satu sama lain serta mencipta feel good factor. Selain elemen kepelbagaian budaya, segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme turut disusun sepanjang program berlangsung.

Antara pengisian utama program ini adalah Panel Moment of Unity iaitu Pameran panel yang memaparkan detik-detik perpaduan serta kepelbagaian adat dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Persembahan Kebudayaan Pelbagai Etnik yang mengetengahkan kebudayaan tradisional pelbagai etnik. Pameran Rumah KAMI yang menawarkan maklumat berkaitan pakaian, makanan dan sukan rakyat pelbagai etnik termasuklah masyarakat Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.

Selain itu terdapat juga Pameran Agensi-Agensi di bawah kementeria seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia dan Arkib Negara Malaysia.

Aaron turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak AEON (M) Co. Bhd di atas kerjasama yang konsisten bersama Kementerian dalam menggalas usaha merealisasikan aspirasi perpaduan nasional.

Beliau juga sentiasa mengalu-alukan penglibatan lebih banyak agensi awam, swasta serta badan bukan kerajaan pada masa hadapan melalui program kolaborasi strategik seumpama ini khususnya di pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan orang ramai. – SM

Artikel berkaitan > Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani dilancarkan

(Visited 318 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button