Nasionalpilihan

Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani dilancarkan

MENTERI Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah melancarkan Program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur. Program ini adalah merupakan salah satu inisiatif melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memperkasa agenda perpaduan negara dan integrasi nasional di bawah Ikhtiar 11: Menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat.

Program flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI ini telah diperkenalkan dengan matlamat menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap usaha-usaha Kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI.

Kembara Perpaduan Malaysia MADANI memayungi tiga kluster program yang berpaksikan kepada pencapaian objektif Dasar Perpaduan Negara melalui penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuklah pemimpin, agensi Kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Civil Society Organisation (CSO) dan masyarakat secara keseluruhannya.

Tiga (3) kluster utama yang digariskan di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI adalah seperti:

i.         Program Semarak Kenegaraan

Program yang memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat melalui usaha memasyarakatkan Rukun Negara. Ia dirangka bagi memupuk semangat jati diri dan cintakan negara.

ii.         Program Semarak Perpaduan

Program yang bertemakan “Merakyatkan Perpaduan” adalah bertujuan untuk meraikan perbezaan dalam kepelbagaian melalui elemen seperti kebudayaan, pendidikan dan rekreasi.

iii.         Program Komuniti RAHMAH

Program yang memberi fokus kepada pembinaan komuniti yang sejahtera dan harmoni meliputi aspek ekonomi, pendidikan, agama, kesihatan, kenegaraan, kebudayaan dan alam sekitar.

Menurut Aaron, Kementerian akan menggerakkan keseluruhan agensi-agensi di bawahnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Arkib Negara Malaysia (ANM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dan Yayasan Tun Razak (YTR) untuk menerajui pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang.

Penglibatan jentera perpaduan khususnya KRT, Skim Rondaan Sukarela, Sekretariat Rukun Negara, Kelab Rukun Negara, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan dan NGO Rakan Perpaduan (Friends of Unity) akan diperkasakan bagi menyokong pelaksanaan setiap program dan aktiviti berkaitan. Kolaborasi strategik ini juga akan digerakkan melibatkan agensi swasta serta NGO.

Dalam masa yang sama, pelaksanaan program di bawah Flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI akan menggunakan whole of government approach iaitu kerjasama antara agensi Kerajaan merentasi sempadan portfolio organisasi dengan berkongsi tindakan untuk mencapai matlamat pembangunan Malaysia MADANI.

“Progam Kembara Perpaduan Malaysia MADANI akan membawa impak yang besar kepada seluruh lapisan masyarakat dengan pelbagai pengisian program yang dapat memperkukuh jalinan muhibbah dan ikatan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Saya juga menyeru agar seluruh rakyat dapat terus menghayati konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian dan mengamalkan nilai toleransi dalam membina masyarakat MADANI yang bersatu padu dan berdaya saing,” jelas Aaron lanjut. – SM

Artikel berkaitan > Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian

 

(Visited 717 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button