Sukan

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil hancus, JDT bengang!

MACAM mana nak main bola atas padang yang hancus ekoran kesan pentas Konsert Coldplay yang diadakan di venue yang sama.

Sametelah esok malam, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beraksi berdepan dengan skuad Penyu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kapten JDT, Jordi Amat, beliau tidak gembira dengan keadaan padang yang rosak sedangkan esok malam adalah malam penentuan Piala Malaysia.

Beliau melahirkan rasa bimbang dengan keadaan padang yang masih rosak kerana itu sedikit se banyak akan menjejaskan permainan pasukan Harimau Selatan itu.

Kreadit photo, Sinar Harian

“Kita menjangkakan perlawanan yang sukar tetapi apa yang lebih merisaukan adalah keadaan padang dan saya tidak begitu gembira melihat kondisinya.

“Jika keadaan pada hari perlawanan juga masih sama, mungkin kita akan atur strategi lain untuk mengelak daripada bermain di atas padang yang tidak rata,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Untuk rekod, rumput jenis Zeon Zoysia yang pernah disumbangkan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharga RM1.4 juta pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, padang itu didakwa rosak teruk selepas artis berkumpulan dari Barat yang menyokong LGBT, Coldplay mengadakan konsert mereka pada hujung bulan lalu. – SM

Artikle Berkaitan :>

Tiada kos baiki padang Stadium Nasional Bukit Jalil

JDT teruskan rentak kemenangan tewaskan TRW

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button