NasionalNegeri

Bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar tuntut baki gaji, gaji ganti notis

BEKAS Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kangar telah memfailkan kes tuntutan baki gaji dan gaji tanpa notis di Mahkamah Buruh Kangar di sini hari ini.

Iskandar Jassa

Muhamad Rauf Abdul Aziz, 39, yang pernah bertugas di Pejabat Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan telah membuat tuntutan baki gaji bulan November 2022 sebanyak RM840.77, baki gaji bulan April sebanyak RM1,800 dan gaji ganti notis sebanyak RM1,938.46.

Kesemuanya tuntutan tersebut berjumah sebanyak RM4, 569.23.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perlis, Iskandar Jassa mengesahkan kes itu telah difailkan oleh Muhamad Rauf pada 6 September lalu.

Beliau berkata, sebanyak dua kali kes berkenaan telah disebut sebelum berlangsungnya perbicaraan hari ini mengikut Seksyen 69 (1) )b).

Beliau berkata, keputusan penghakiman akan dibuat selepas penghujahan bertulis sekurang-kurangnya dua minggu mulai hari ini.

Katanya, kes tersebut telah dikendali Pegawai Pendengar, Fadila Diana Zulkafli.

“Muhamad Rauf selaku plaintif hadir pada perbicaraan hari ini manakala defenden tidak hadir tetapi diwakili oleh wakil Pejabat Parlimen Kangar,” katanya.

Muhamad Rauf ketika ditemui memberitahu, beliau dilantik sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar pada 19 November 2022 dengan gaji bulanan RM1,800.

Bagaimanapun dakwa Muhamad Rauf, beliau dipecat pada 19 April lalu tanpa notis. – SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button