Nasional

MPN syor sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 Mac ini

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan sempadan sepenuhnya untuk menyokong pemulihan negara tetapi perlu dilaksanakan secara terancang.

“Majlis mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong pemulihan negara.

“Dalam hubungan ini, Majlis bersetuju supaya sepadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib.

“Namun begitu, ujian COVID-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor KKM.

“Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat MPN yang kedua bagi tahun 2022, pagi ini.

Dalam pada itu, semasa mesyuarat MPN, Muhyiddin Yassin turut memaklumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MPN berkuatkuasa 1 Februari 2022. -SM

(Visited 425 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button