Luar Negara

Kylie Jenner umum kelahiran bayi lelakinya di Instagram

MODEL dan personaliti media Amerika Syarikat (AS), Kylie Jenner baru-baru ini telah mengumumkan kelahiran bayi lelakinya pada Ahad lalu dengan memuat naik satu gambar di laman Instagramnya dengan kapsyen ‘2/2/22’ dan hati biru.

Pada tahun lalu, usahawan kosmetik berusia 24 tahun itu mengatakan dia menjangkakan seorang lagi anak bersama teman lelakinya, penyayi rap, Travis Scott.

Pasangan itu juga mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun, Stormi Webster.

Kakaknya Kourtney Kardashian memberi komen kepada hantaran itu manakala Scott menambah satu siri emoji hati.

“Ibu kepada dua orang anak,” tulis Kourtney Kardashian.

Kylie Jenner ialah adik bongsu daripada keluarga Kardashian yang terkenal dengan rancangan televisyen realiti ‘Keeping Up with the Kardashians’, yang menamatkan tayangannya selama 15 tahun pada bulan Jun tahun lalu.

Dia juga merupakan pengasas kepada syarikat kosmetik iaitu Kylie Cosmetics, yang majoriti dimiliki oleh pembuat kosmetik Coty.

Rancangan TV itu melancarkan empayar kecantikan dan fesyen Kylie Jenner dan Kakak tirinya, Kim Kardashian.

Kylie Jenner mempunyai 308 juta pengikut di Instagram. – SM

(Visited 568 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button