Nasionalpilihan

Maritim tahan kapal kargo bersauh tanpa kebenaran

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka/Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal kargo di kedudukan 8.8 batu nautika barat daya Pulau Besar, Melaka malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah mengesan kehadiran sebuah kapal kargo disyaki bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abdul Aziz berkata, berikutan maklumat yang diterima itu sebuah bot PETIR 84 yang sedang membuat rondaan Op Murni/Op Tiris Fasa 2.0 telah diatur gerak ke lokasi.

Menurutnya, bot berkenaan berjaya mengesan kapal kargo yang dilaporkan bersauh tanpa kebenaran.

“Setiba dilokasi, anggota Maritim Malaysia mendapati seramai 14 kru dalam lingkungan umur 22 hingga 70 tahun termasuk kepten kapal warga Ukraine berada di atas kapal kargo tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Panama itu disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut
Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Menurutnya, Maritim Malaysia sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan undang-undang agar perairan negara selamat daripada
sebarang aktiviti yang menggugat keselamatan negara.

Jelasnya, bagi membanteras kegiatan seperti itu, orang ramai diminta untuk membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat salah laku
di laut ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS999 yang beroperasi 24 jam. – SM

Artikel berkaitan > Dua bot rekreasi ditahan Maritim Malaysia

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button