Nasional

PM luang masa 30 minit lawat Dr. Mahathir di IJN

DI sebalik kesibukan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN).

Bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Langkawi itu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari IJN.

Kenderaan membawa Ismail  Sabril dilihat masuk ke pekarangan pusat perubatan itu pada pukul 5.35 petang keluar pada pukul 6.03 petang selepas.

Dr. Mahathir dimasukkan ke CCU IJN  sejak dua hari lepas  untuk mendapat rawatan lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lepas.

Bagaimanapun menurut anaknya, Marina, sejak dua hari yang lepas, Dr. Mahathir dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lepas.

Kata Marina, kadaan Dr. Mahathir  kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut.

“Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” kata Marina.

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button