Nasional

Wilayah bebas berniaga lanjut sampai Disember

Program Wilayah Bebas Berniaga dilanjutkan sehingga akhir tahun ini, walaupun pada awalnya sepatutnya tamat pada bulan ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata lesen 4,500 peniaga disambung secara automatik secara percuma.

Pada masa yang sama katanya kira-kira 2,500 peniaga yang berniaga tanpa lesen diminta memohon lesen.

Katanya sebelum ini lesen tidak dapat diberikan kerana kedudukan yang terlalu dekat sehingga sukar untuk menjaga SOP.

Justeru Annuar menyarankan mereka supaya memohon semula dengan lokasi lebih sesuai.


Annuar yang melakukan walkabout hari ini bagi meninjau keadaan peniaga di pinggir jalan.

Annuar turut mengumumkan para penyewa gerai DBKL diberi diskaun 50 peratus.

Dasar berkenaan turut terpakai di Labuan, katanya.

Beliau juga meminta para peniaga berdaftar untuk suntikan vaksin dan ia boleh dilaksanakan dengan kaunter bergerak trak vaksinasi yang disediakan kerajaan.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button