Sukan

Khabib tidak akan bertarung pada UFC 249 18 Apr ini

KHABIB Nurmagomedov, penyandang juara lightweight  UFC menegaskan dia tidak akan keluar daripada kuarantin di Russia bagi menyertai perlawanan UFC 249 pada 18 April ini.

Ini merupakan satu tamparan kepada Presiden UFC, Dana White yang tetap mahu meneruskan pertarungan itu walaupun dunia berhadapan dengan wabak Covid-19.

Khabib membuat pengumuman itu pada Rabu  di instragram memberitahu kepada para pengamal seni pertahan diri di dunia: “Jaga diri sendiri dan letakan diri anda pada tempat saya.”

Menurut laporan The Guardian Khabib yang tidak pernah kalah dalam 28 pertarungan profesionalnya dijadualkan bertarung dengan pencabar utama Tony Ferguson di acara utama UFC 249 dalam masa dua minggu lagi walaupun dunia kini bergelut dengan Covid-19.

Khabib dalam hantaran di instragram dalam bahasa ibundanya, Dagestan, menjelaskan dia tidak akan meninggalkan negara untuk menyertai pertarungan itu walaupun White dapat mencari lokasi untuk pertarungan itu.

Related Articles

Khabib pulang ke kampung halaman dari California apabila UFC menyatakan pelan awal pertarungan UFC 249 pada di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Tetapi penyandang juara itu pada Isnin memberitahu dia kemungkinan tidak dibenarkan meninggalkan negaranya ekoran larangan ke luar negara.

“Saya faham dan saya lagi kecewa daripada anda terpaksa membatalkan pertarungan. Mungkin sama seperti yang lain, saya ada macam-macam perancangan selepas pertarungan, tetapi ia di luar kawalan saya,” katanya.

White dan UFC belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan Khabib itu, yang mana ia sudah dijangka sejak beberapa hari lalu apabila Khabib balik ke Dagestan daripada California, di mana dia biasa menghabiskan latihan untuk pertarungan.

Dia juga meluah rasa marah terhadap tekanan yang mahukan dia bertarung, walaupun dia tidak menyatakan secara jelas merujuk kepada penyokong atau kepada White.

“Tiba-tiba satu dunia perlu kuarantin. Kerajaan semua negara, orang terkenal di seluruh dunia menyeru semua orang mematuhi keperluan keselamatan dalam usaha mengurangkan penulaan wabak, dan untuk selamatkan manunia, dan Khabib satu-satunya dikecualikan daripada semua tanggungjawab ini dan perlu terbang ke serata dunia semata-mata untuk bertarung?”  Katanya.

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button