Hiburan

John Legend terkejut isteri hamil anak ketiga

SEBELUM ini pun sudah kecoh di laman sosial apabila isteri kepada penyanyi, John Legend iaitu Chrissy Teigen mengumumkan dia sudah hamil.

Malah, selepas pengumuman itu, Teigen mula menunjukkan perutnya yang semakin berisi di laman sosial.

Sejak pengumuman berita gembira itu dilakukan, Legend yang popular dengan lagu All Of Me sebenarnya terkejut bila mengetahui isterinya hamil.

“Apa yang berlaku (berita kehamilan) ini memang benar-benar mengejutkan.

BACA> Nazmi Irfan kembali selepas lima tahun menghilang

“Saya menganggap apa yang berlaku ini sebagai kejutan buat saya semasa kuarantin akibat Covid-19 sedang dijalankan,” katanya kepada Today Show.

Menurut Legend, dia sebenarnya tidak merancang pun untuk memiliki anak ketiga pada awalnya.

Biarpun tidak dirancang, dia tetap gembira dan menganggap kedatangan ahli keluarga baharu ini sebagai tuah buat dirinya.

“Saya juga berterima kasih di atas semua doa-doa baik yang telah dikirimkan bukan sahaja orang di sekeliling saya, tetapi juga peminat di seluruh dunia,” jelasnya.

BACA> Teka-teki jantina bayi dala kandungan Hetty Sarlene

Pasangan Legend dan Teigen berkahwin pada September 2013 dan kini memiliki dua orang cahaya mata iaitu April, 4 tahun dan Miles yang kini berusia dua tahun. -SM

(Visited 482 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button