fbpx
Hiburan

Isteri Will Smith dedah kisah curangnya

Isteri kepada pelakon Will Smith, Jada Pinkett akhirnya mengaku yang dia sebelum ini sememangnya menjalinkan hubungan bersama seorang penyanyi rap, August Alsina.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pinkett dalam rancangan Red Table Talk di Facebook yang dihoskannya bersama dengan Smith.

Menurut Pinkett, jalinan hubungan bersama dengan Alsina itu bermula ketika dia dan Smith membawa haluan masing-masing dan dalam proses perpisahan.

“Hubungan itu berlaku ketika awak (Smith) dan saya merasakan yang membawa haluan masing-masing itu adalah hal terbaik untuk kita.

BACA> Lelaki dan wanita ditahan memandu secara mabuk

“Dengan rasa hati yang luka, saya mula rapat dengan Alsina dan hubungan itu mula menjadi intim sejak bulan Ogos lalu,” katanya.


Pinkett sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan daripada Alsina berkenaan hubungan mereka.

Jelas Pinkett dalam program tersebut, hubungan itu bagaimanapun sudah berakhir dan tidak membawa ke fasa yang serius selain daripada sekadar berkawan.

“Pada ketika itu saya berfikir jalan untuk perpisahan adalah yang terbaik dan begitu juga dengan awak (Smith).

BACA> LTTE: Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’?

“Tetapi setelah membawa haluan masing-masing untuk mencari kebahagian sendiri, ternyata bersama dengan awak adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan,” katanya.

Pasangan ini telah berkahwin sejak 1997, mempunyai dua anak bersama dan kini telah kembali bersama setelah berpisah. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button