Hiburan

Nazmi Irfan kembali selepas lima tahun menghilang

KERINDUAN pada dunia nyanyian membuatkan Nazmi Irfan yang kembali semula ke industri seni selepas lima tahun menghilangkan diri.

Bagi yang tidak mengenali Nazmi, anak kelahiran Kuala Lumpur ini bukanlah orang baharu apatah lagi pernah menghasilkan sebuah mini album pada 2017.

Album yang mengandungi lima buah lagu tersebut mendapat sambutan hangat dan memperkenalkan namanya kepada peminat.

Berselang masa, Nazmi kemudian tampil dengan single Kau Yang Satu ciptaan Asfan Shah pada tahun 2015.

Lagu tersebut benar-benar memuncakkan namanya memandangkan menjadi runut bunyi (OST) kepada lima buah drama termasuklah Cinta Hati Batu dan Hidayah-Mu Ramadan.

BACA> Teka Teki jantina bay dalam kandungan Hetty Sarlene

Namun, ketika namanya mula meniti di bibir peminat, Nazmi mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran bagi mengejar cita-cita.

Kini, Nazmi kembali bertemu peminat menerusi lagu Asmara Cinta ciptaan Nur Rasa & Sheikh Qalam (lagu & lirik).

“Kalau sudah minat, mana boleh ditinggalkan bidang nyanyian. Ini juga yang saya rasakan saat ‘hilang’ beberapa tahun daripada industri seni.

“Tak tergambar dengan kata-kata bila akhirnya masih berpeluang untuk kembali ke gelanggang seni,” katanya.

Menurut Nazmi, dia yakin pertaruhannya menjadi memandangkan lagu berentak pop ballad cukup kena dengan telinga masyarakat yang sentiasa menyambut baik karya-karya seperti itu.

BACA> Orang hanya nampak salah saya – Nabila Razali

“Saat mendapatkan sahaja lirik, saya tahu bait-bait perkataan tersebut merupakan gambaran kasih sayang sesama manusia dan dekat  juga dengan ketuhanan,” katanya.

Mengambil masa tiga bulan untuk menelaah melodi dan lirik Asmara Cinta, Nazmi mengaku dia tidak mahu tergopoh-gapah memandangkan perlu membuat pelbagai persediaan mental dan fizikal sebelum sesi rakaman.

Apatah lagi dia kini sudah mempunyai kerjaya sendiri den perlu mempertimbangkan pelbagai perkara agar tidak memberikan kesan kepada kerjaya yang sedang digalas semata-mata untuk kembali ke persada seni.

“Saya perlu membahagikan masa agar tidak menjejaskan pekerjaan dan Alhamduillah, banyak pihak yang sokongan penuh saat saya menyatakan hasrat untuk kembali menyanyi,” katanya.

Asmara Cinta sudah berada di semua platform digital termasuklah Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan beberapa platform lagi.

BACA> Isu pukul: Loca B sudah maafkan Tuju K-Clique

Lagu ini juga boleh didengari melalui saluran YouTube SHEIKH QALAM RECORDS. -SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button