Hiburan

A.Aida blacklist nama Ruhainies, tawar tiga kontrak drama kepada Bella

PENERBIT tersohor, Datuk A. Aida bertegas tidak mahu menjalin kerjasama bersama pelakon Ruhainies susulan kontroversi yang melanda dirinya bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat baru-baru ini.

Menurut laporan Mstar, A.Aida berasal kesal apabila Ruhainies sanggup menjalinkan hubungan dengan Aliff Aziz yang merupakan suami kepada Bella iaitu sahabat baiknya.

‘’Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

‘’Sebab itu saya ‘black list’ nama Ruhainies. Saya buang nama dia dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti.

A.Aida juga menyerahkan tiga skrip drama baharu kepada Bella yang hadir ke pajabatnya untuk menandatangani kontrak lakonan tersebut.

‘’Peluang untuk Bella ini bukan sekadar tanda sokongan terhadapnya malah ia juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

‘’Berbicara lebih lanjut, A. Aida menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak akan memberi peluang kepada mana-mana pelakon yang bermasalah.

 

‘’Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

 

‘’Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya.

 

‘’Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis bermasalah saya tidak akan ambil berlakon. Kalau Ruhainies, dia minta maaf pun saya tak terima dia berlakon lagi,’’ jelasnya.

 

Sekadar info, Bella menerima tiga tawaran untuk drama berjudul Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo. Semua drama tersebut bakal memulakan penggambaran sepanjang tahun ini.

Artikle Berkaitan :>

Aliff Aziz buat “come back” curang semula dengan Bella – Netizen

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button