Nasionalpilihan

Ayam goreng kunyit tarikan orang beratur panjang

Ayam goreng kunyit menjadi antara menu tumpuan orang ramai yang sering dicari setiap kali tibanya bulan puasa di Bazar Ramadan Taman Cempaka, Melaka dekat sini.

Sejak pukul 5.00 petang mula pengunjung sudah beratur panjang ingin membeli ayam goreng kunyit tetapi turut dijual udang goreng kunyit, daging goreng kunyit dan ayam goreng butter.

Pengusahanya, Rose Aida Mohd. Nor, 40, berkata, dia masih mengekalkan harga sebungkus ayam goreng kunyit termasuk nasi serta sambal pada harga RM8 manakala daging goreng kunyit sebungkus RM9.

Menurutnya, dia masih mengekalkan dua menu itu harga lama walaupun ada peniaga mula menaikkan harga berikutan peningkatan kos bahan mentah.

“Buat masa ini saya kekal harga seperti tahun lalu tidak ada
peningkatan mendadak biarlah dapat untung sikit pun tak per yang penting ramai pelanggan datang beli.

“Cuma nasi ayam butter saya naikkan daripada harga RM8 sebungkus kepada RM9 bagaimanapun harga sotong goreng kunyit serta udang goreng kunyit pada harga RM15 dan RM12.

“Saya sudah empat tahun jual nasi ayam goreng kunyit di sini. Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan dan setakat ini mampu dijual sehingga 150 hingga 200 bungkus sehari,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Katanya, juadah yang dijualnya menarik perhatian orang ramai beratur panjang kerana ayam, udang dan sotong digoreng pada waktu jualan itu selain sambal diberikan melengkapkan rasa.

Ujarnya, ayam, udang dan sotong dan nasi yang dijual kepada pelanggan diberikan lebih dari biasa bagi menarik minat pelanggan.

“Tengoklah orang beratur nak beli selain murah pastinya rasanya cukup sedap sama macam tahun lalu,” ujarnya.- SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button