Hiburan

Iklan Raya ”Tulus Ikhlas” arahan pertama Aaron Aziz untuk Bank Rakyat

BANK Rakyat melancarkan filem pendek berdurasi 7 minit berjudul ‘’Tulus Ikhlas’’ sempena sambutan Hari raya Aidilfitri dengan menampilkan pelakon Datuk Aaron Aziz Mustapa Aziz dan juga selaku pengarah, pada pagi tadi di Menara Kembar Bank Rakyat, KL.

Naskah filem pendek ini merupakan terbitan dari Razor’s Edge Picture Sdn Bhd, berkisahkan kesedaran sosial oleh kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Rayyan, tentang kemelut kehidupan anak-anak yatim yang tiada tempat berlindung serta kurang bernasib baik berbanding dirinya serta adik perempuannya.

Menurut Pengarah Aeron Aziz, idea asal filem pendek dari penerbit sendiri dan kelulusan dari pihak Bank Rakyat.

Pelakon dan pengarah Datuk Aeron Aziz

‘’Idea asal filem pendek ini dari Razor’s Edge Picture namun kelulusan dari Bank Rakyat sendiri, saya cuma mengarahkan dan cuba buat terbaik.

‘’Objektif filem pendek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemahaman yang mendalam terhadap realiti sosial dalam persekitaran mereka, melingkungi tanggungjawab individu daripada setiap peringkat umur untuk membantu golongan yang memerlukan.

Filem pendek ini bukan sahaja hanya tertumpu untuk kempen Ramadan bahkan mesej yang disampaikan terhadap ibu bapa dapat memperkukuhkan kesedaran diri dan sosial anak-anak mereka secara tidak langsung ia membina satu hubungan baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam § berkata, beliau percaya bahawa iklan raya Bank Rakyat kali ini yang membawakan ihsan dan prihatin sejajar dengan konsep Malaysia Madani mampu meninggalkan ke mendalam dan impak positif kepada penonton.

“Sudah menjadi kelaziman setiap penonton disajikan dengan iklan raya yang sari dengan mesej setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Bank Rakyat juga saban tahun tidak ketinggalan mempersembahkan filem pendek raya menerusi arahan daripada barisan pengarah baharu bagi menghasilkan naratif serta jalan cerita yang segar dan relevan dengan trend dan situasi semasa,” ujar Nizam.

Selain itu penglibatan dalam filem pendek ini menampilkan Sharifah Husna Syed Mustaffa dan dua orang lagi pelakon cilik, Aeron Yusuf Raj dan Adreana Jamella Raj.

Filem pendek yang menyentuh perasaan ini boleh ditonton di semua platform media sosial dari Bank Rakyat, sudah tentu YouTube sebagai laman rasmi dalam filem ‘Tulus Ikhlas’.

Artikle Berkaitan :>

Bank Rakyat peruntuk RM1.48 juta menerusi Program Imarah Ramadan

Bank Rakyat salur RM83,000, bantu tingkat ekonomi penduduk luar bandar melalui Jāriah Al-Barakah

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button