Hiburan

Aliff Aziz bakal bergelar duda kali kedua

SELEBRITI Bella Astilla nekad menfailkan cerai terhadap suaminya Aliff Aziz hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Bella atau nama sebenar Dayang Nabella Awang Astilla tiba di mahkamah pada pukul 13.30 tengah hari tadi bagaimanapun tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak muncul di mahkamah kerana terlibat dengan komitmen penggambaran.

Menurut Bella, selepas beberapa kali peluang diberikan kepada suaminya itu, penceraian adalah jalan terakhir bagi mereka berdua.

“Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun. Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Bella hadir di mahkamah dengan ditemani ibu dan adiknya, Didi Astillah.

Bella diwakili peguam syarie Azmi Rais dari Zulkifli Yong Azmi & Co.

Terdahulu, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

Pada minggu lepas kecoh  Aliff Aziz bersama pelakon wanita, Ruhainis dikatakan tangkap basah oleh Jabatan Agama Islam Jakim di kondominium mewah yang terletak di tengah ibu negara.

Artikle Berkaitan :>

Aliff Aziz buat “come back” curang semula dengan Bella – Netizen

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button