Travel

Ensure Gold menjaga otot badan

BAGI mengekalkan kesihatan di usia 65 tahun dan ke atas Ensure Gold membantu golongan yang berusia lanjut menjaga otot, hal ini diramalkan bahawa menjelang 2040, kira-kira 15% akan kehilangan jisim otot akibat penuaan yang menghalang untuk kekal sihat.

Kini, 1 daripada 3 dewasa yang berusia lebih 60 tahun mempunyai jisim otot rendah, yang mungkin menjejaskan kekuatan dan kesihatan keseluruhan mereka.

Abbott, sebuah syarikat penjagaan kesihatan global, telah mengumumkan kerjasamanya dengan Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) pada hari ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan otot untuk menyokong dewasa lebih berumur dan membantu pembinaan sebuah komuniti yang menua secara sihat di Malaysia. Inisiatif Abbott dan MHAS bertujuan menggalakkan golongan dewasa Malaysia untuk memberi perhatian kepada kesihatan otot mereka sebagai langkah mengelakkan kehilangan jisim otot disebabkan penuaan, yang seterusnya meningkatkan risiko kehilangan upaya dengan ketara. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Abbott dan MHAS akan menganjurkan siri aktiviti pendidikan tentang kesihatan otot dan juga saringan otot.

Jisim Otot Dewasa Lebih Rendah Semakin Dibimbangi

Otot kita merosot secara beransur-ansur seiring peningkatan usia. Bermula dari usia 40 tahun, orang dewasa boleh kehilangan sehingga 8% daripada jisim otot mereka setiap dekad, dan selepas 70 tahun kadar ini hampir berganda.[2] Sarkopenia-atau kehilangan jisim dan fungsi

otot berkaitan usia boleh memberikan kesan ketara kepada daya pergerakan dan kekuatan, meningkatkan kelemahan dan tempoh masa kemasukan hospital di samping mengurangkan daya tahan. Malah, kajian menunjukkan bahawa jisim otot rendah dikaitkan dengan keimunan yang terjejas, keradangan yang lebih tinggi dan kecenderungan mengalami jangkitan.[1] [2]

“Jika golongan dewasa ini tidak mengambil langkah pencegahan, kehilangan jisim otot berkaitan usia boleh menimbulkan masalah kesihatan secara keseluruhan dan menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian masing-masing,1” kata Profesor Dr. Shahrul Bahyah Kamaruzzaman, presiden MHAS. ”Melalui kerjasama bersama Abbott, kami berharap untuk menyokong golongan yang berumur di Malaysia dengan menggalakkan orang dewasa untuk menjalani saringan bagi mengukur kehilangan jisim otot dan mula bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri — bermula dengan diet dan berusaha mengamalkan cara hidup lebih aktif.”

 

Ramai dewasa tidak menyedari tanda-tanda kehilangan otot, termasuk kekurangan tenaga, berjalan lebih perlahan, tidak lagi begitu kuat atau kelesuan. Untuk membantu golongan dewasa lebih memahami kesihatan otot mereka, Abbott akan menganjurkan roadshow kesedaran kesihatan otot — termasuk cabaran #Stand4Strength—di seluruh Malaysia dari April hingga Oktober. Semua dewasa Malaysia dijemput mengambil bahagian dalam cabaran #Stand4Strength di salah satu acara atau di dalam talian. Cabaran ini menggalakkan individu untuk melakukan senaman ringkas yang telah disahkan secara saintifik, iaitu cabaran duduk kepada berdiri dan mencatatkan keputusan mereka dalam Kalkulator Usia Otot dalam talian untuk menentukan usia otot sebenar masing-masing. Tambahan lagi, MHAS akan menganjurkan Persidangan Penuaan Sihat ASEAN di Pulau Pinang pada bulan Ogos untuk mendidik para profesional penjagaan kesihatan dan orang ramai tentang cara menangani dan mencegah sarkopenia.

Pencegahan Kehilangan Jisim Otot bermula dengan Penjagaan Pemakanan dan Senaman

Pada hakikatnya, kehilangan otot boleh dicegah atau diperlahankan dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Walaupun penuaan memang lumrah kehidupan, kehilangan jisim otot masih boleh ditangani. Kajian mendapati bahawa pemakanan yang lengkap dan seimbang serta aktiviti fizikal boleh membalikkan atau memperlahankan kelemahan fizikal disebabkan peningkatan umur.

“Perubahan mudah seperti memberi tumpuan kepada makanan yang kaya nutrien seperti protein adalah salah satu daripada faktor paling penting untuk mencegah kehilangan otot dan menggalakkan penuaan secara sihat,” kata Dr. Nina Mazera Mohd Said, pengarah perubatan pemakanan Abbott bagi Malaysia. ”Selama lebih seabad, Abbott telah membangunkan penyelesaian pemakanan berasaskan sains untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat di seluruh dunia. Inovasi serba maju kami— Ensure® Gold StrengthPro yang baharu—

boleh memperkasakan dewasa Malaysia untuk membantu meningkatkan kekuatan dan keimunan mereka demi kualiti kehidupan yang lebih baik.”

Ensure® Gold StrengthPro yang baharu dan ditambah baik ini membekalkan khasiat nutrisi lengkap dan seimbang, yang dihasilkan dengan formula dwitindakan mengandungi HMB

(beta-hidroksi-beta-metilbutrat) untuk menguatkan kesihatan otot dalam masa 8 minggu[1] dan YBG (yis beta glukan) untuk meningkatkan tahap keimunan dalam masa 4 minggu[2]:

 

  • HMB — Leusin adalah asid amino penting dan HMB ialah metabolit bagi leusin dan boleh dihasilkan oleh badan. HMB boleh didapati dalam jumlah kecil dalam makanan seperti avokado, limau gedang, kubis bunga dan ikan keli. Bagaimanapun, adalah sukar untuk mendapatkan HMB secukupnya untuk menyokong kesihatan otot menerusi sumber makanan sahaja, sebab itulah ada manfaatnya untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi HMB.
  • YBG — bersama nutrien lain — membantu menguatkan sistem imun. YBG dikaitkan dengan penanda keimunan lebih baik, seperti tahap sel-sel imun dalam edaran dan pengeluaran antibodi yang lebih tinggi menguatkan keimunan mukosa untuk membantu melindungi badan kita daripada penembusan patogen. Kajian juga menunjukkan bahawa YBG boleh mengurangkan risiko jangkitan salur pernafasan atas dan meningkatkan mukosa IgA.7

Ensure® Gold StrengthPro juga mengandungi nutrien penting lain, termasuk fruktooligosakarida (FOS) untuk penghadaman lebih baik, serta kalsium dan Vitamin D untuk tulang yang kuat dan adunan lemak berasaskan tumbuhan dengan omega-3 untuk menyokong kesihatan jantung. Ensure® Gold StrengthPro, yang disediakan dalam tiga perisa (vanila, gandum dan kopi), kini boleh didapati di gedung runcit, pasar raya dan platform e-dagang di Malaysia.

 Untuk maklumat lanjut tentang Ensure® Gold StrengthPro baharu, Kalkulator Usia Otot  atau menyertai cabaran #Stand4Strength, layari https://www.family.abbott/my-en/ensure/tools-and-resources/tools/muscle-age-calculator.html.

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button