Hiburan

Winnie The Pooh tidak sesuai untuk ditonton bawah 18 tahun dan wanita sedang mengandung

FILEM seram psikio, Winnie The Pooh, tidak sesuai untuk ditonton bagi mereka yang di bawah 18 tahun ke bawah hal ini segala babak yang terdapat dalam filem ini tiada potongan babak bermaksud tiada tapisan!.

Pengedar Filem, Mega Films Distribution, dua rangkaian terbesar pawagam terbesar Malaysia, GSC dan TGV akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada Rabu 10 April ini.


Syarikat itu juga mengingatkan kepada ‘wanita mengandung’, individu mempunyai masalah jantung dan mudah tergangu dengan emosi atau masalah kesihatan yang berkaitan tidak digalakkan sama sekali kerana setiap babak yang dipaparkan pasti menggerunkan penonton.

Dalam sekuel kali ini, Winnie the Pooh yang kejam, bersama dengan rakan baik Tigger dan Piglet, akan keluar daripada Hundred Acre Wood sekali lagi untuk membalas dendam atas apa yang berlaku dalam filem sebelumnya! Filem ini turut memberi penghormatan kepada filem seram klasik seperti, It, Scary Stories to Tell in the DarkThe Texas Chainsaw Massacre, Halloween dan Happy Death Day yang pasti menyemarakkan lagi saspens dalam kalangan peminat filem seram.

Sejak siri pertama yang ditayangkan tahun lepas, Winnie the Pooh: Blood and Honey, menjadi topik perbualan hangat akibat pengolahan karakter yang dikatakan merosakkan karakter kegemaran kanak-kanak.

Artikle Berkaitan :>

LPF pertahankan Pulau filem seram, bukan filem porno

Ustaz ini tegur isu gimik mengunakan telekung untuk promosi filem

(Visited 35 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button