Hiburan

LPF pertahankan Pulau filem seram, bukan filem porno

LEMBAGA Penapisan Filem (LPF) tampil mempertahankan dan menjelaskan kepada khalayak bahawa Pulau adalah sebuah filem seram dan bukannya filem porno seperti mana kecoh dibualkan dalam kalangan netizen.

Dalam satu kenyataannya hari ini, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu menjelaskan terdapat perbezaan antara kandungan treler dikongsikan di media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

“LPF mengambil maklum isu yang berbangkit berkaitan dengan filem Pulau yang  mana, ia semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler menerusi media sosial.

“Treler filem ini ditayangkan secara dalam talian  iaitu melalui platform internet maka didapati kandungan yang ditayangkan itu adalah di luar bidang kuasa LPF,” katanya.

Menurut LPF dalam kenyataan yang sama, dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, pihaknya akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) KDN 2010 yang merangkumi keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio-budaya serta ketertiban dan ketatasusilaan.

Sedutan filem Pulau yang ditayangkan di YouTube baru-baru ini mengundang kritikan warganet yang kesal dengan adegan panas yang dipaparkan termasuk babak wanita memakai baju mandi, bikini.

Beberapa pemimpin termasuk daripada PAS lantang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan tayangan filem itu pada 9 Mac ini kerana memaparkan adegan panas dan pelakon berpakaian menjolok mata.

Pulau arahan Euho, dibarisi pelakon antaranya Alif Satar, Amelia Henderson, Namron, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Anuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi, Vikal. – SM

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button