Hiburan

Bersalin di Australia, Zahirah MacWilson kongsi situasi Covid-19 di sana

MEMILIH untuk bersalin di Perth, Australia, ramai peminat yang risau dengan keputusan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

Namun, Zahirah memberitahu yang keadaan di negara tersebut terutamanya melibatkan kes Covid-19 sebenarnya sangat baik.

Menurut pelakon itu, Australia sudah enam bulan tidak mencatatkan sebarang kes baharu jangkitan Covid-19 bagi penduduk tempatan.

“Sebelum ini pun kes yang ada sangatlah rendah. Malah, sekarang mereka tidak lagi mempunyai pematuhan operasi standard (SOP) yang memerlukan seseorang itu memakai pelitup muka atau penjarakan sosial.

“Mereka mengambil tindakan yang serius dalam hal keselamatan dan itu sebabnya mereka dapat mengatasi keadaan selama ini,” katanya.

Pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza

 

Jelas Zahirah lagi, bahagian barat Australia juga telah menutup pintu sempatan sehingga April 2021 kecuali bagi pemegang visa PR, warganegara, kecemasan, perniagaan atau mempunyai alasan yang kukuh.

Ujarnya, nak masuk ke negara tu juga memerlukan kebenaran daripada kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Australia.

“Tidak mudah sebenarnya nak masuk ke sini tetapi Alhamdulillah, Allah dah susun semuanya.

“Buat masa ini saya sedang dikuarantin selama 14 hari walaupun kami berdua sudah disahkan negatif Covid-19 melalui ujian saringan,” katanya.

Semalam, pasangan itu memberitahu yang mereka sudah berangkat ke Perth Australia untuk menyambut bayi sulung dan dijangka pulang ke tanah air pada tahun hadapan.

Zahirah dijangka bakal bersalin pada Disember ini.

Pasangan itu telah diijabkabulkan pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya.

Pada 2019, pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button