Hiburan

Tak perlu bandingkan suara saya dengan Nabila Razali – Siti Sarah

Lagu terbaharu pasangan suami isteri, Siti Sarah dan Shuib sudah pun diperdengarkan di media sosial dan mendapat komen yang bercampur baur.

Namun, ada komen yang telah menjadi tumpuan Siti Sarah selepas ada netizen yang menyamakan vokal Siti Sarah dengan penyanyi Nabila Razali.

Menerusi komen tersebut, individu itu memuji nyanyian Shuib namun Nabila Razali dirasakan lebih sesuai berduet berbanding Siti Sarah.

Alasan individu itu adalah kerana suara Nabila Razali dirasakan lebih moden dan sesuai dengan Shuib berbanding Siti Sarah.

Menurut Siti Sarah, dia merasakan tidak ada keperluan untuk membandingkan dirinya dengan mana-mana penyanyi sekali pun.


“Bagi Sarah, Nabila Razali ke, Mariah Carey ke, Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke, semua ada kelebihan masing-masing.

“Sarah sendiri sebenarnya sangat hormat dengan Nabila Razali kerana dia seorang bakat baru, suka berusaha, tak mudah putus asa dan pandai cari peluang dalam bidang muzik,” katanya.

Jelas Sarah, sebagai penyanyi yang dah dekat 20 tahun ni, dia sentiasa nak perbaiki kelemahan vokal.

“Cuma tu lah, tak tahu pulak ada kelas buat suara jadi moden. Suara moden tu apa sebenarnya? Maaf la sarah betul-betul tak tahu.

“Mungkin adik boleh komen banyak lagi atau lebih jelas scara terperinci supaya lepas ini boleh Sarah perbaiki dan cari cikgu vokal yang boleh ajar suara jadi moden,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu yang dia sentiasa bersikap terbuka dengan semua komen kerana ingin memajukan dirinya.

Tambahnya, lagu baharu ini juga sebenarnya membawa maksud yang mendalam dan tak mungkin dia atau Shuib akan menyanyikannya dengan orang lain. -SM

(Visited 24 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button