Hiburan

Isu pukul: Loca B sudah maafkan Tuju K-Clique

  1. PENYANYI rap, Loca B mengakui dia sudah memaafkan Tuju K-Clique yang pernah memukulnya pada April lalu.

Malah, hubungan cinta antara mereka berdua juga sebenarnya sudah terjalin kembali.

Menurut Loca B, hubungan mereka kembali terjalin semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kalau orang ingin berubah, saya bukan Tuhan untuk berkata tidak kepada perubahan itu.

“Setiap orang tidak terlepas daripada kesilapan dan setiap orang ada sisi gelap masing-masing.

“Apa yang kami alami bukan sahaja boleh berlaku dalam perhubungan romantik, ia boleh berlaku pada sesiapa sekali termasuk keluarga dan sebagainya,” katanya.

Loca B berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single terbaharu berjudul Gila yang menampilkan gandingan bersama Kaka Azraff dan Noki.

Sebelum ini, Loca atau nama sebenarnya, Hani Azali pernah membuat pengakuan pernah dikasari sehingga anggota badannya lebam, namun menarik semula dakwaan terbabit tidak lama selepas pengakuan tersebut dibuat di sosial media miliknya.

“Kami juga bakal bergandingan bersama-sama dengan sebuah lagu yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Loca turut mendedahkan bahawa Tuju atau nama sebenarnya, Muhammad Azree Shah, 24, ada bertemu dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan bantuan profesional tentang masalah yang dihadapi mereka sekali gus menyelamatkan hubungan cinta mereka.

“Dia pernah berjumpa pakar psikiatri dan tiada masalah berkaitan penyakit bipolar atau serius menjurus ke arah itu. Selain itu, saya dan Tuju kerap berbincang tentang arah tujuan hubungan kami dan ada perkara yang tidak nampak di mata orang.

“Tidak kisahlah dengan kata-kata hubungan cinta kami tosik atau apa sekalipun kerana mereka tidak nampak apa yang saya nampak dalam diri Tuju,” jelas Loca. – SM

(Visited 1,719 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button