Hiburan

Fauzi Nawawi minta maaf selepas cerita babak rogol dalam filem Anak Halal

BARU-BARU ini tular di laman sosial berkenaan satu rakaman video yang memaparkan pelakon, Fauzi Nawawi berkongsi cerita mengenai babak rogol bersama Raja Farah di dalam filem Anak Halal menerusi sebuah program televisyen.

Perkara itu mendapat respon Raja Farah dan suaminya yang beranggapan bahawa tindakan Fauzi itu ibarat tidak menjaga aib dan kehormatan seorang wanita.

Terkesan dengan apa yang diluahkan Raja Farah, Fauzi akhirnya tampil meminta maaf terhadap pasangan tersebut dan tidak menyangka apa yang diperkatakannya itu akan tular.

“Saya nak mohon maaf kepada semua yang terkesan dengan video berkenaan, khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga.

“Saya pun tak tau apa yang netizen marahkan sangat sampai maki saya, hantar mesej yang bukan-bukan. Alhamdulillah saya terima dengan lapang dada,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, dalam program berkenaan dia telah diminta untuk bercerita tentang watak-watak lakonan yang pernah dilakonkannya.

Malah, pelakon berkenaan juga menyatakan ada meminta kepada pihak produksi agar dapat memotong bahagian yang sensitif semasa rakaman program tersebut.

“Habis sahaja rakaman saya dah minta pihak produksi untuk potong yang mana sensitif sebab masa kami bersembang antara lelaki ni, memang salah saya… Bila bersembang tak control, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah.

“Sebenarnya, dorang tanya ni adalah pengalaman watak-watak yang saya pernah pegang. Ceritakan watak 13-14 tahun dulu… perompak, penjahat, perogol tu antara watak yang sinonim dengan saya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, sebaik sahaja tamat rakaman dia tersedar bahawa ada benda yang patut dipotong supaya tidak ditayangkan.

Bagaimapun, program berkenaan sudah ditayangkan sebanyak dua kali dan Fauzi tidak menyangka baru sekarang ia diviralkan.

“Apa pun saya mengaku salah saya, saya jahil dan memang saya tak baik, tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik,” katanya. -SM

(Visited 2,015 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button