NasionalNegeriParlimenPolitik

PRN Melaka & PRU-15: Pelawalah Pemimpin Muka Baharu Yang Perjuangkan Islam Akhir Zaman

Rakyat ada kuasa untuk memilih. Sama ada terus nak mengundi pemimpin kitar semula atau cari dan pelawa pemimpin muka baharu yang benar-benar boleh martabatkan Islam di Tanah Melayu ini.

Hal ini demikian kerana apabila ada pemimpin itu mendahulukan Islam sebagai asas pentadbiran dalam kepimpinan negara, fadhilatnya terlalu besar untuk dinikmati oleh rakyat.

Usahlah julang pemimpin kita semula yang kita sudah boleh baca retoriknya bagaimana dan tulisan ini bukan bertujuan hasutan sebaliknya sebagai peringatan agar Melayu jangan jadi bodoh.

Cukup-cukuplah kita dijajah beratus tahun dahulu setelah dikhianat orang yang menyamar jadi Melayu sehingga kesan bangangnya, berjaya diimplementasikan kepada anak cucu sampai sekarang.

Sudah-sudahlah berpuluh-puluh tahun kita terpaksa menerima sistem acuan British dengan adunan lokal agar nampak sedap dengan citarasa tempatan padahal ia masih bukan berlandaskan Islam.


Kita sudah masuk fasa akhir zaman dan masihkah kita sekadar mahu marah-marah tentang manusia yang dijulang sebagai pemimpin menerusi undian yang hanya pecah-belahkan kita?

Rakyat ada suara.. ada kuasa.. kalau PRN Melaka dan PRU-15 ini rakyat tetap tidak mampu berbuat apa-apa, teruskan sahajalah sistem undi dan pecah-belah masyarakat sampai Melayu pupus!

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button