Hiburan

Teka teki jantina bayi dalam kandungan Hetty Sarlene

PENYANYI yang pernah mencipta nama di Malaysia menerusi lagu berjudul Sangsi Asmara tetapi merupakan anak jati Singapura, Hetty Sarlene Abdul Hamid memberitahu para peminatnya bahawa dalam tempoh lima hari sahaja lagi, belaiau akan mengumumkan jantina bayi dalam kandungannya.

Hetty yang juga pelakon filem Sembilu Kasih, sepi dalam arena seni dan hiburan Malaysia buat seketika tetapi kembali menghangatkan pentas hiburan di negara ini menerusi kemunculannya dalam sebuah program realiti televisyen.

Sebenarnya, Hetty sudah lama menantikan saat untuk bergelar ibu. Itu perkara yang normal dirasai oleh pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

Cuma rezeki belum tiba dan kali ini, tahun ini, Allah memberi rezeki kepada Hetty yang sedang berbadan dua.

Segala kegembiraannya itu dikongsi dan dimuat naik dalam media sosial Instagram (IG) @hettysarlene_oakes

Beliau dan suami, Daniel Oakes ternyata amat teruja bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Pasangan ini bernikah sekitar tahun 2016 dan tahun ini, rezeki buat Hetty dan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil untuk menimang anak sendiri.

Apabila Hetty berbadan dua, adalah ragam si ibu mengandung. Namun, kata Hetty, Daniel amat mengambil berat tentang keadaan dirinya.

Bahkan suaminya yang berbangsa British itu akan memastikan dirinya dalam keadaan selesa terutamanya pada waktu malam.

“Saya ada masalah untuk tidur waktu malam. Saya amat sayangkan kamu. Terima kasih kerana mengambil berat saya dan kandungan,” tulis Hetty di IGnya.

Kata Hetty lagi, beliau yakin suaminya itu akan menjadi seorang ayah yang terbaik bagi anak-anak mereka.

Berikut tulisan Hetty dalam IGnya: 5 more days to LITTLE OAKES gender reveal party. On a side note, thank you to my baby daddy for looking after me, being there for me when I had trouble sleeping at night… words couldn’t describe how much I love you. Thank You for always making sure I’m alright and comfortable. You will be the greatest daddy little oakes could ever asked for.

Catatan di IG Hetty mendapat 1,641 tanda ‘like’ : https://www.instagram.com/p/CEBp7ZcJMJl/?igshid=3j757c7ke4uf. – SM

(Visited 657 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button