Hiburan

Drama gay tampil pelakon Islam, JAKIM mahu rujuk SKMM

BARU-BARU ini kecoh di media sosial mengenai sebuah drama bertemakan gay yang menampilkan pelakon-pelakon Melayu-Islam tempatan.

Dipercayai drama yang bertajuk Stay Away From Me disiarkan menerusi sebuah aplikasi temu janji untuk hubungan sejenis.

Pelakon utama drama tersebut, Danish Iskandar telah mendakwa dia tidak mengetahui mengenai babak-babak kurang enak yang ditayangkan menerusi sedutan drama tersebut.

Tambahnya, pihak produksi juga tidak memberitahunya bahawa drama tersebut untuk promosikan applikasi gay.

“Pada yang tidak jelas, dalam kontrak memang tiada lansung beritahu mengenai cerita ini adalah untuk promosikan applikasi gay dan tiada pun scene yang macam itu.

“Bila dah mula shoot, mereka baru letak dan baru semalam release series itu dan saya baru tahu benda itu untuk promosi app gay,” tulisnya di laman Twitter.

Menurut Danish, dalam jalan cerita tiada langsung babak berkaitan gay mungkin pihak produksi tambah sesetengah babak pada saat akhir.

Danish turut berkata, ibu bapanya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara yang berlaku kepadanya itu.

“Ibu bapa saya akan ambil tindakan undang-undang memandangkan produksi itu sendiri tak nak bertanggungjawab,” katanya.

Danish turut meminta maaf atas perkara yang berlaku dan dia akan lebih berhati-hati di kemudian hari.

Sementara itu, melihat respons yang diberikan oleh netizen, mereka beranggapan pihak produksi perlu bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku itu kerana Danis masih di bawah umur.

Menerusi laporan media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan sisatan dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, hal ini kerana perkara tersebut bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.

“Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan gay ini,” katanya.

Tambahnya, jika perkara tersebut berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama negeri berkenaan akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

(Visited 662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button