Hiburan

Ada wanita ajak Ayda Jebat bermadu

SEBELUM ini, keintiman pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir di laman sosial mereka mengundang rasa meluat netizen.

Namun, dalam rasa meluat itu, ada juga yang tertarik dengan sikap yang dimiliki oleh suami Ayda.

Baru-baru ini, serang wanita telah mengajak Ayda untuk menjadi madu kepadanya.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Ayda menerusi pertanyaan seorang wanita menerusi Insta Stories miliknya.

“Nak jadi madu Ayda boleh tak?

“Sebab nak cari laki macam ni la… tapi tak jumpa-jumpa lagi,” ujar wanita.

Namun, tindakan itu dengan segera ditolak Ayda tetapi dengan cara yang sopan dan bergurau.

“Salam. Hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu takleh la. Saya cubit awak kang. Nakal eh.

“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. Insyaallah, istikharah! Goodluck sis,” balasnya. -SM

(Visited 451 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button